Persediaan Fizikal / Intelektual
Mulakan dengan buka buku tengok subtopik.
Kebiasaannya bila nak habis
study week baru orang nak start study. Tapi ada yang terpaksa mulakan seawal
mungkin sebab tak berapa nak pick up sangat dalam pelajaran ni. Ambil
masa nak faham sesuatu dan benda yang pernah belajar pun sampai lupa terus dari
kotak ingatan. Bila tengok nota balik macam tak pernah belajar je.
Tapi sebenarnya dah lupa dan kerana itulah perlu mulakan sejak awal.
Sehari minimum lebih kurang 4 jam diperuntukkan untuk study. Mana yang
otai dan cepat pick up tu, belajar dua hari sebelum exam pun takpe.
Tidur awal
Nak
kata awal pun tak juga. Adela dalam pukul 11 atau 12 malam.
Tujuannya untuk bangun awal keesokan harinya. Bangun awal boleh stadi
awal sikit. Kalau esok exam malam tidur lambat memang ting-tong la pagi
esok. Saya tak berapa suka memaksa diri untuk tak tidur semata-mata nak
study tengah malam sebab bila dah menguap komfem belajar tak masuk. Lebih
baik tidur. Masa diploma dulu, kalau tak sempat study pun akan
tidur macam biasa jugak. Siapa-siapa yang nak cepat tidur,
sila baca nota korang tu.
Buat soalan
final
Lepas
habis satu bab yang dah diulangkaji, saya akan buat soalan final. Ada la
dalam 5 atau 6 set soalan final yang saya cuba buat walaupun belum tentu apa
jawapan sebenarnya. Jawapan nanti kena compare dengan member la sebab
memang takde skema jawapan. Apa pun sekurang-kurangnya kita familiar
dengan bentuk soalan yang ditanya.
Hafal teori
dua hari sebelum exam.
Subjek
osos banyak command,Tapi ada juga soalan teori yang ditanya dalam exam. Kalau
ingatan yang tak berapa nak bagus, jangan ambil risiko untuk hafal teori
awal-awal. Sehari dua sebelum exam baru mula menghafal. Faham dan
hafal teori adalah dua perkara yang berbeza. Hafal ni lebih kepada untuk
mengingat perkataan-perkataan dan struktur ayat yang bakal ditulis atas kertas
nanti.
Persediaan Mental / Rohani
Dekatkan diri dengan Maha Pencipta
Jangan
terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji.
Terlalu leka sampai ‘terlupa’. Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin
kita menambah ibadat. Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan
pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya. Korang lagi hebat
benda-benda macam ni. Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau
untuk solat berjemaah. Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan
Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya.
Tapi
harus diingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak
pekse. Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan
bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat. Jika ada perangai macam tu
dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak.
Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan
tersebut amalan yang bukan bermusim.
Relakskan
diri
Manusia bukan robot untuk
belajar tanpa henti. Bila sejam dah study (selalunya suka hati), bukak la
internet ke. Baca news, blogwalking sambil mengomen atau update blog
sendiri “Anti Facebook”. Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang
sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres
dalam kepala..
No comments:
Post a Comment